Oleh
Baba Haizal Baba Zain
Barisan Alternatif kini kehausan isu . Isu amat kritikal dan penting bagi Barisan Alternatif kini kerana inilah sahaja cara untuk mengembalikan semangat dan sokongan ahli-ahli mereka yang semakin pudar dewasa ini . Oleh yang demikian di dalam kekalutan dan ketandusan isu akhirnya lahirlah pula sebuah program Sandiwara di beri nama “Hari Dukacita”
Program
sandiwara sempit ini adalah gabungan kerjasama beberapa ngo yang di ketuai
SUARAM dan Barisan Alternatif dan Kenyataan program itu ditandangani bersama
oleh Timbalan Ketua Pemuda Keadilan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan
Pemuda PAS Mahfuz Omar, dan Ketua Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Faizal Sanusi .
Melalui email yang di perolehi cadangan
perhimpunan mogok ala barat ini akan diadakan serentak pada 10 hb april di
pejabat suhakam dan di kem
tahanan ISA di Kamunting, Perak.
Kesemua aktiviti program sandiwara songsang ini adalah bertujuan memburukan imej dan nama negara tercinta ini dan seterusnya memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya membebaskan kesemua enam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu Tian Chua , Mohd Ezam, Saari Sungip, Dr Badrul Aman, Lokman Adam dan Hishamudin Rais dan menuntut kerajaan membebaskan mereka tanpa syarat atau dibicarakan di mahkamah.
Mogok
Lapar bukan budaya kita
Mogok
lapar merupakan salah satu program Barisan Alternatif bagi meraih simpati
masyarakat antarbangsa . Kesemua enam tahanan ISA ini akan
melancarkan mogok lapar sehinggakan membawa kesan mudarat kepada
kesihatan mereka sendiri. Dalam erti kata lain keenam-enam tahanan ini akan
berlapar sehinggalah sampai ke tahap maut jika tidak diendahkan pemintaan mereka
.
Perbuatan mereka ini amatlah
merbahaya kerana ia boleh membawa kepada maut dan jika inilah tujuan mereka maka
ia boleh di kategorikan sebagai perbuatan menzalimi diri sendiri dan akan
ditakrif sebagai perbuatan yang mempunyai niat untuk bunuh diri .
Perbuatan
mogok lapar ini merupakan tindakan menzalimi diri sendiri ini adalah perbuatan
yang di murkai ALLAH dan salah di sisi agama Islam .
Barisan
Alternatif Pengkhianat Negara .
Lihatlah
bertapa sempitnya pemikiran mereka ini. Mereka sanggup mengenepikan hak majoriti
rakyat Malaysia yang inginkan kedamaian dan kemakmuran hidup .
Barisan
Alternatif merupakan pengkhianat kepada negara dan rakyat Malaysia . Barisan
Alternatif sanggup mengadai maruah rakyat Malaysia dengan mengundang
campurtangan dari pihak luar iaitu Kesatuan Sekerja Jerman , Interfaith
Centre on Corporate Responsibility (ICCR) dan juga Amnesty International untuk
campur tangan dengan memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya membebaskan
keenam enam tahanan ISA itu .
Campurtangan
seumpama inilah yang telah berlaku di waktu zaman
dahulu akibat perbuatan penderhaka rakyat kita sendiri yang sanggup
mengundang campurtangan orang asing untuk kepentingan diri sendiri.
Akibat
perbuatan penderhaka yang berhati busuk itulah akhirnya telah menghapuskan
kegemilangan Empayar Melayu di Nusantara dan mengheret maruah rakyat dan negara
tercinta ini didalam kesengsaraan di bawah jajahan negara asing selama lebih 400
tahun.
Yakin dan percayalah segala
agenda yang diprogramkan oleh Barisan Alternatif adalah untuk tujuan publisiti
bagi meraih kembali sokongan masyarakat Malaysia terhadap perjuangan mereka yang
kian rapuh di mamah masa .
Rakyat Malaysia telah matang
dan tidak mungkin tertipu lagi .